FIFA.com - Men's Football World Ranking

Kenangan Zaman Kanak-Kanak Dulu

kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

"Fantasy Football Point" Liga Super Malaysia 2009

Salam kepada kaki-kaki bola tak kira peminat EPL, liga Sepanyol, liga Italy dan apa jua liga bola sepak di dunia termasuklah liga Super di Malaysia...hehe. Buat pertama kalinya, aku kat sini hanya nak berkongsi minat aku dengan korang semua tentang "Fantasy Football" yang aku buat dengan cara aku sendiri untuk mencari pemain-pemain liga Super Malaysia yang betul-betul berkualiti. Kaedah ni pun aku cedok sikit dari laman web fantasy football " Can You Kick It" dan aku ubah untuk memudahkan aku membuat perhitungan dan pengiraan mata di atas sebab kekurangan info. Antara yang aku ubah untuk memudahkan pengiraan mata ialah mata minit permainan kecuali ada info, mata Kad Merah, mata Kad Kuning dan mata untuk setiap 3 gol yang diselamatkan oleh penjaga gol tak dapat aku letakkan sebab kekurangan info. Aku pernah cuba buat bulat-bulat macam fantasy football tapi disebabkan kekurangan info terpaksa aku ubah ikut cara aku sendiri. Mata juga aku kira pada pemain yang berada dalam kesebelasan utama pasukan, pemain simpanan tidak di kira kecuali kalau dia berjaya mendapatkan mata seperti jaringan gol atau gol bantuan. Kebanyakan info liga super aku dapat dari laman web penyokong bola sepak setiap negeri dan kelab yang aktif dan ada ulasan rangkuman setiap perlawanan, dari pemerhatian video dan dari media cetak dan elektronik. Bagi harga pemain pula, aku letak 7.0 untuk semua posisi pemain dari pejaga gol hingga ke penyerang. Harga pemain akan bertambah 0.1 sekiranya mendapat 1 hingga 4 mata, 0.2 sekiranya mendapat 5 - 8 mata dan 0.3 sekiranya mendapat 9 mata ke atas. Dan harga pemain akan jatuh -0.1 sekiranya tak mendapat mata sebanyak 2 kali berturut2. Berikut adalah cara kaedah pengiraan aku : -

Tolak 1 mata - untuk setiap 2 gol yang bolos (Bagi penjaga gol dan pertahanan)

4 mata - untuk setiap pertahanan yang tak bolos (mesti main lebih 60 minit)

4 mata - untuk setiap penyerang menjaringkan gol

5 mata - untuk setiap pemain tengah menjaringkan gol

6 mata - untuk setiap pertahanan menjaringkan gol

5 mata - untuk sepakan penalti yang berjaya diselamatkan penjaga gol

Tolak 2 mata - untuk setiap gol sendiri


Nota : sesiapa yang ingin berkongsi info dengan aku, sangat aku alu-alukan demi mencari pemain bola sepak negara yang berkualiti dan menambah elok fantasy football aku yang serba kekurangan ini. Dan hanya pemain yang mendapat mata dan ada dalam kesebelasan pasukan saja yang aku paparkan.